Set Kuatkan Imun, 1 Rumah Mesti Ada 1
Sepertimana yang kita tahu, kes covid semakin hari semakin meningkat dan yang paling takut wave kalini memang sangat lain. Kalau dulu-dulu orang yang mudah terjangkit ialah orang yang berusia dan menghidap penyakit tertentu. Namun, sekarang ni trendnya ramai orang muda dan ibu mengandung.
Dalam waktu begini, sangat penting sangat kita untuk patuhi SOP, duduk kat rumah saja, pakai mak bila keluar rumah.
Selain daripada jaga semua tu, sangat penting untuk kita kuatkan pertahanan badan kita juga dengan vitamin-vitamin untuk kuatkan imun, sekurang-kurangnya 1 jenis. Bila sistem imun badan kita kuat, in sha Allah kita boleh melawan kuman yang masuk dalam badan kita dengan baik.
Walaupun mungkin risiko dijangkiti dan risiko dapat penyakit Covid tu tetap ada, tapi bila imun dah kuat, in sha Allah boleh kurangkan risiko komplikasi Covid yang teruk.
Highly recommend 1 RUMAH PERLU ADA ATLEAST 1 SET IMMUNE BOOSTER
Vitamin C
Vitamin C atau asid askorbik ialah nutrien yang berperanan meningkatkan penghasilan sel darah putih yang merupakan askar dalam badan kita. Selain daripada tu, vitamin C juga bertindak sebagai antioksida yang menghalang kerosakan sel.
Suplemen vitamin C mungkin penting untuk mencegah dan merawat radang paru-paru.
Sekarang negara kita masih berdepan dengan wabak Covid-19 yang belum tahu bila ianya akan berakhir. Secara umum kita tahu, Ubat atau Vaksin untuk mencegah wabak Covid-19 belum ditemui. Namun ada satu alternatif, berdasarkan kajian pihak hospital, dengan menggunakan Vitamin C dapat kurangkan tempoh pesakit berada di hospital, dengan erti kata lain, lebih cepat sembuh.
Satu kajian telah dibuat dan terdapat terhadap pesakit Covid-19 dan sebanyak 14% pesakit mengalami masalah Acute Lung Injury dan Acute Respiratory Distress Syndrome. Ia disebabkan oleh Cytokine Storm yang menyebabkan oxidative stress yang teruk dan akhirnya menyebabkan kerosakan pada tisu-tisu dibahagian paru-paru mereka. Ia antara kesan serangan wabak Covid-19.
Berdasarkan artikel tersebut, ujian telah dilakukan ke atas dua kumpulan yang berbeza umur dan dijangkiti Covid-19 (Kumpulan A dan B). Kedua-dua kumpulan ini telah diberikan ubat-ubatan yang biasa digunakan bagi merawat pesakit Covid-19. Cuma Kumpulan A diberikan Vitamin C dengan dos yang tinggi bersama pemantauan dari doktor.
Hasil daripada kajian tersebut, kumpulan A yang mengambil Vitamin C itu tadi;
1. Pesakit dapat keluar 9 hari lebih awal dari hospital (57%) dengan kesihatan baik (tiada kekurangan).
2. Hanya 14 peratus kadar kematian, lebih rendah berbanding kumpulan yang tidak mengambil Vitamin C (iaitu 5 peratus lebih rendah, maksudnya kadar kematian berkurang / sedikit).
3. 5.6 hari lebih cepat berjaya bebas Extubation.
4. 7.6 hari lebih cepat bebas dari alat sokongan pernafasan berbanding kumpulah satu lagi.
Dari hasil kajian ini, kita boleh lihat perbezaan dari segi kesihatan yang lebih baik bagi kumpulan A (Vitamin C tambahan) berbanding dengan kumpulan B (tiada ambil Vitamin C).
Penggunaan Vitamin C dengan dos yang tinggi ini merupakan salah satu cara untuk menambah potensi pesakit untuk cepat sihat. Kajian ini masih lagi dijalankan dengan beberapa lagi faktor yang perlu diambil kira seperti kegagalan fungsi organ (peparu) dari punca yang berlainan.