5 Panduan Hilangkan Jerawat Dari Dapur Sahaja
5 Panduan Hilangkan Jerawat Dari Dapur Sahaja
Anda dah baca tak entry saya sebelum ini mengenai cara
menghilangkan lingkaran gelap bawah mata? Kalau belum, boleh baca cepat-cepat
artikel hilangkan lingkaran gelap bawah mata tu sebab tips yang saya kongsisangatlah simple dan murah. Lepas itu bolehlah tampil lebih anggun tanpa matapanda.
Untuk kali ini, saya ingin berkongsi tips tradisional untuk
mengubat jerawat. Apa lagi pengacau yang ada pada muka seseorang wanita yang
menghalang keanggunan kalau bukan jerawat? Naik jerawat sebiji pun dah riuh
sekampung, apa lagi kalau muka memang mesra jerawat.

Jadi, kali ini saya bawakan 5 tips yang cukup senang, dan
sudah tentu murah untuk menghilangkan jerawat. Boleh pilih mana satu yang awak
suka. Kalau ada tips-tips lain, boleh kongsi-kongsi kat sini ye.
sudah tentu murah untuk menghilangkan jerawat. Boleh pilih mana satu yang awak
suka. Kalau ada tips-tips lain, boleh kongsi-kongsi kat sini ye.
Tepung sagu
Tepung sagu amat sesuai jika jerawat awak adalah kecil-kecil
dan merah. Orang kata jerawat pasir.
dan merah. Orang kata jerawat pasir.
Caranya ialah, ambil sedikit tepung sagu, campur dengan
bedak sejuk dan bancuh dengan air suam. Lepas tu awak boleh sapukan pada muka
yang ditumbuhi jerawat.
bedak sejuk dan bancuh dengan air suam. Lepas tu awak boleh sapukan pada muka
yang ditumbuhi jerawat.
Cuba lakukan setiap malam selama lebih kurang semiggu dan
awak akan lihat hasil yang memberi kepuasan.
awak akan lihat hasil yang memberi kepuasan.
Daun teh
Caranya ialah dengan memasukkan daun teh ke dalam air yang
mendidih. Apabila wapnya sudah keluar, kenakan wajah yang berjerawat kepada wap
tadi.
mendidih. Apabila wapnya sudah keluar, kenakan wajah yang berjerawat kepada wap
tadi.
Lakukan 1-2 kali sehari sehingga jerawat awak sembuh.
Ingat ye, daun teh tau. Bukannya serbuk teh. Kena pakat
kutip daun teh di Cameron Highland.
kutip daun teh di Cameron Highland.
Bedak batu
Bagi yang tak tahu, inilah rupa bedak batu. |
Caranya ialah basuh muka dengan air suam. Selepas muka
dikeringkan, sapulah bedak batu pada muka awak setiap malam. Esoknya, basuh dengan air bersih dan keringkan.
dikeringkan, sapulah bedak batu pada muka awak setiap malam. Esoknya, basuh dengan air bersih dan keringkan.
Lakukan langkah di atas sehingga jerawat hilang.
Bawang putih
Bawang putih adalah sesuai untuk jerawat batu.
Ambil seulas bawang putih, bersihkan dan titik sedikit. Kemudian sapukan pada jerawat yang baru tumbuh. Awak akan dapati jerawat batu awak akan segera hilang.
Pucuk jambu
Pucuk jambu boleh mengelakkan jerawat yang naik meninggalkan kesan parut yang bisa mencacatkan wajah.
Caranya ialah dengan mengambil segenggam pucuk jambu, basuh dan buangkan urat ditengahnya. Tumbuk daun jambu itu dan campurkan dengan sedikit bedak sejuk. Tempekkan ke muka sehingga kering. Apabila kering, bilas dengan air suam.
Sebaiknya diamalkan setiap malam. Awak akan dapati bukan sahaja jerawat yang hilang, malah kesan parut juga turut tiada.
smuanya senang2 ja.. cuma rajin atau tak ja nak buat..hahaha
tp pertama kali dgr bedak batu..hehehe..tak pernah tgk.. wujud lagi ka bedak tu zaman sekarang? hooho..opss,saya panggil bedak nyonya.. hehehe
ps./ giveway tu akak boleh tgk kat sini -> http://syiralokman.blogspot.com/2015/02/giveaway-7-hari-by-syira-lokman.html
Nice sharing.. kadang2 rasa was was nak pakai produk kecantikan sebab takut tak sesuai dengan kulit sendiri..
ye.. tak perlu pon beli mahal2. boleh guna yang ada kat dapur je. Bedak batu/nyonya tu dah lama tak nampak.. 🙂
Thanks sis sudi singgah sini. Kalau nak pilih kosmetik, kena tengok apa kandungannya, pastikan tak ada yang berbahaya.